Semalam aku try buat kek nih..Jumpa resipi kat SINI....tengok bahan & cara bukan main senang...x yah mixer & butter...Bila buat kek nih & bawak pi opis ramai yang puji sedap....so hari nih aku buat lagi 1 kek lagi untuk potluck di PSH....eheheh.....Kalau nk cuba sila la...ni resipinya....
Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara membuatnya :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus sampai masak baru angkat dan sejukkan....
TOPPING
Bahan-bahan :
1 cawan Serbuk koko
1 cawan Susu Pekat Manis
1 sudu Minyak Masak
Cara Membuatnya :
Campurkan kesemuanya & masak atas api perlahan sehingga sebati.....
0 comments:
Post a Comment