29.6.10

PUDING TRIFFLE

Untuk PORTLUCK jumaat minggu lepas aku bawak PUDING TRIFFLE...Senang gak buat nih...adunan nih dapat la 2 bekas..1 bekas aku kasi En Samsul bawak pi tempat meeting...Kawan-kawan dier kata sedap...Kalau nk cantik letak dalam bekas kaca..Aku x letak coz senang nk bawak...tak ler pecah ker...eheheh..(ALASAN)

Bahan:-
Lapisan bawah:

1 kotak LONDON SWISS ROLL (Nk guna swiss roll lain pon boleh jugak)

Lapisan Tengah:

125gm tepung kastad
250 gm gula
500 ml air
125 susu cair
1/2 sudu kecil garam

Cara-Caranya:
- Bancuh sebati adunan dan masak atas api perlahan. Kacau selalu dan bila agak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan kastad.


Lapisan Atas:

1 tin Fruit Koktel (Aku guna AYAM BRANDS) - tuang ke atas kastad, rata.
1 Kotak agar-agar segera NONA perasa Strawberi

Cara-Caranya:-
Masak serbuk agar-agar mengikut arahan kat kotak yer......

0 comments:

Post a Comment

 

LoVE To EaT Template by Ipietoon Cute Blog Design